Transit Aliran Deras Lembah Klang

Peta transit integrasi Lembah Klang Sumber: SPADTransit Aliran Deras Lembah Klang[1][2] (juga dikenali sebagai MRT Lembah Klang atau MRT sahaja) merupakan satu sistem transit aliran deras yang terdapat di kawasan Lembah Klang, Malaysia.Tujuan projek ini adalah untuk meluaskan jaringan landasan kereta api pada masa yang sama untuk menyepadukan jaringan-jaringan landasan rel yang sedia ada bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal terutama di kawasan Lembah Klang. Cadangan projek ini telah diumumkan pada Jun 2010 dan diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada bulan Disember tahun yang sama. Pembinaan landasan MRT pertama ini bermula pada awal bulan Julai 2011. Projek ini juga merupakan salah satu projek sulung untuk National Key Economic Area (Kawasan Utama Ekonomi Negara) dibawah Program Transformasi Ekonomi oleh Kerajaan MalaysiaPerbadanan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) yang ditubuhkan dalam September 2011, telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai perasmi dan pemilik aset projek ini. Sebelum penubuhan perbadanan itu, projek ini telah diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).[3]

Rujukan

WikiPedia: Transit Aliran Deras Lembah Klang http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/polit... http://www.malaysianmirror.com/homedetail/6-nation... http://www.theedgeproperty.com/news-a-views/3529-k... http://www.theedgeproperty.com/news-a-views/3633-c... http://www.themalaysianinsider.com/business/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/artic... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/artic...